Halaman

...Kotak Carian...

Jumaat, 4 Jun 2010

(novel) The Chronicles of Kawan (eps2)

(1+x)^n=1+nx/1!+(n(n-1) x^2)/2!+⋯ Sesampainya di Sekolah Sri Suria, Keira mula turun dari kereta sambil mengankut barang-barangnya sendiri tanpa bantuan mama dan papanya. Kali ini, Keira betul-betul merajuk. “Kei, stop acting like this.” “Hmm.” Keira terus menyalami tangan mama dan papanya tanpa melihat wajah mereka. Terasa hati mamanya. Keira terus melangkah ke dalam sekolah. Di pagar hadapan, kawan-kawannya ataupun geng KAWANnya telah pun berkumpul di kantin sekolah. “Hai Kei.” Sapa Anika. “Apa pasal ni?” Tanya Wawa pula. “Kei, kenapa sedih-sedih ni?” Tanya Adila dengan nada mengambil berat. “Kei, jom pergi pondok and story all to us.” Cadang Nadia. Yang lain Cuma menurut memandangkan itu sahajalah cadangan yang paling baik. Mereka semua tahu bahawa Keira tidak boleh bercerita di khalayak ramai kecuali jika ada pertandingan. “Now, tell us.” Kata Nadia. “Mama and papa...” Balas Keira. “What’s up with them?” Tanya Adila. “Diorang nak leave me and Hamzah dengan Kak Ana cause’ diorang ada projek ke Dallas.” “What!” Wawa sedikit terkejut. “How long?” Tanya Anika. “One month.” “Lama tu!!” Adila sedikit menjerit. “So, kau nak tinggal dengan Kak Ana kau?” “Dengan siapa lagi?” “Kau boleh stay dengan aku. Seminggu sekali balik kan? Boleh je.” Nadia mempelawa. “Hmm. Nanti aku fikir-fikirkan.” Loceng sekolah berbunyi. “Eh, Miss Belle dah panggil tu.” Kata Wawa. “Aku free hari ni.” Balas Keira. “Aku pun.” Balas Nadia. “Hmm, kalau macam tu, kami pergi solat dulu ya. Nanti kitaorang jumpa korang dekat kelas eh?” Kata Adila. “Okeh.” Nadia dan Keira bersetuju. Kemudian, ada seorang lelaki yang tidak pernah dijumpai Nadia dan Keira melalui kawasan mereka berehat. Dia menoleh sebentar ke arah Nadia dan Keira. Dia menghampiri mereka. “Assalamualaikum?” Sapa lelaki itu. “Waalaikumussalam.” Balas Nadia dan Keira, serentak. “Boleh saya tanya?” “Boleh.” Balas Keira. “Di mana surau?” “Surau?” “Oh maaf. Saya pelajar baru.” “Oh. Patutlah. Awak pergi lurus, then belok kiri lepas itu awak nampak signal ‘Surau Assyakirin’. Itulah surau kita.” “Ok. Terima kasih. Awak tak pergi solat hajat ke?” “Hmm. Kami ...” Sampuk Nadia. “Oh. Saya faham. Terima kasih ya.” “Ya.” Lelaki itu terus berlalu. Keira sempat menoleh ke arah nametag yang dipakai lelaki itu, ‘Maulana.’ Mata Keira tergam kukuh pada lelaki itu sehingga dia menghilang. Keira nampaknya sudah jatuh hati dengan Maulana namun tidak Nadia. Dia tidak minat bercinta.

Tiada ulasan: