Halaman

...Kotak Carian...

Khamis, 10 Jun 2010

The Chronicles of Kawan eps 3

“Nadia, aku dah terpikat lah.”


“Astaghfirullah! Baru buat dosa pun suka?”

“Dosa apa?”

“Zina mata. Aku nampak lama benar kau tengokkan dia tadi.”

“Masyallah. Aku tak sedar.”

“Dah, dah. Fokus on your PMR first.”

“Hmm. Yela.”

Mereka berdua pun sama-sama bergelak tawa sambil berbual dan berjalan menuju ke Kelas 5 Utarid.

Selepas usai solat hajat setiap pagi, para jemaah pun keluarlah dari surau yang besar itu. Kelihatan Wawa, Anika dan Adila sedang berjalan sambil berbual-bual menuju ke kelas 5 Utarid.

“Wa, aku ada berita hangat ni.” Kata Anika yang kuat bergosip itu.

“Oh, kat aku tak mahu bagitahu?” Balas Adila yang tidak kurang hebatnya bila bergosip.

“Apa?” Tanya Wawa selamba. Wawa adalah budak sivik yang popular kerana kecemerlangannya sepanjang 5 tahun bersekolah di situ.

“Kalau nak dengar, dengan sajalah. Tak payah nak dijemput-jemput.” Kata Anika yang kuat mengusik Adila.

“Hmm.” Balas Adila.

“Aqib bawa sepupu dia sepupu dia masuk sekolah ini.” Cerita Anika.

“Bila?” Tanya Adila. Wawa hanya mendengar.

“Hari ini. Baru masuk sahaja.” Balas Anika.

“Kalau macam itu, mungkin Keira dan Nadia dah jumpa dia.” Kata Wawa.

“Tak!!” Jerit Adila.

“Woi, apa pasal kau pula yang jerit ni. Dia aku punya lah! Aku yang tahu pasal dia dulu!!!”

“Mana boleh!! Aku yang tersungguh pasal dia tahu tak?”

“Tak tahu pun!! Wekkk!” Balas Anika sambil menjelirkan lidahnya.

Perang mulut antara sahabat itu berterusan dan menhadi semakin hebat sehingga mampu membuatkan Wawa, si nerd meninggikan suaranya pada Adila dan Anika.

“Hei! Korang datang sekolah ni nak belajar ke, nak bercinta? Aku tak sukalah korang bergaduh sebab lelaki! Benci!” kata Wawa. Dia kemudiannya meninggalkan kedua mereka di belakang dan terus berjalan menuju ke kelasnya.

“O....O.” Kata Anika.

“Alamak! Bengap betul! Janganlah oo je, jomlah kejar Wawa!” jerit Adila.

Pada waktu itu, Wawa sudahpun menaiki tangga. Kemudian, dia dipanggil Puan Hasmi untuk ke bilik guru.

“Ya cikgu, ada apa-apa saya boleh bantu?”

“Tak, saya Cuma nak bagitahu yang tadi ayah awak datang.”

“Ayah saya?”

“Ya.”

“Apa dia cakap?”

“Nothing, dia just bagi duit ni sahaja.”

“Duit?”

“Oh, dia nak pergi New York. Dia suruh Wawa tinggal dengan Nadia.”

“Hmm. Okay. Memang dah selalu macam ni.”

“Selalu? Maksud awak, dia selalu tinggalkan awak?”

“Lebih kurang. Saya dah banyak kali tinggal dengan Nadia. Puan Nasrin dah anggap saya macam anak dia sendiri. Semua selok-belok rumah dia saya dah hafal.”

“Oh. Begitu. Ayah awak sahaja yang pergi? Ibu awak.”

“Ibu saya? Dia dah 7 tahun tinggalkan saya.”

“Dia ke mana?”

“Dia ke alam barzakh.”

“Oh. Maafkan saya. Saya tak berniat.”

“Tak apalah cikgu. Ini penting untuk cikgu tahu. Tak perlulah meminta maaf.”

“Tidak, mungkin ini mampu membuatkan awak kecil hati.”

“Tak, saya dah terbiasa.”

“Hmm. Loceng dah berbunyi. Cikgu ada kelas.”

“Ya. Saya pun perlu ke kelas.”

“Hmm.”

Wawa bergerak menuju ke kelas 5 Utarid. Sesampainya dia, dia melihat Keira sedang menangis.