Halaman

...Kotak Carian...

Jumaat, 4 Jun 2010

(novel) The Chronicles of Kawan

Chronicles of K.A.W.A.N... K.A.W.A.N bermaksud :: :: Keira::Anika::Wawa::Adila::Nadia::
PROLOG... Kringg.... Kringg... Loceng berbunyi. Keira mula bangun dari tidurnya sambil menggeliat. Dia menoleh ke arah jamnya. Hmm, masih awal untuk bersiap untuk Sekolah Sri Suria ataupun ‘tiga S’. Hari ini hari kemasukan semua pelajar setelah cuti seminggu tamat. Belum sempat pun Keira kembali melelapkan matanya, pintu biliknya diketuk. Terdengar suara mengejutnya bangun dari tidur. “Macam kenal sahaja suara itu,” kata hati Keira. “Ya!” Mindanya sudah dapat mengenali suara itu. Ya! Puan Khanis. Ibunya! “Keira, bangun. Dah jam 5:45 ni. Cepat bersiap!” Laung Puan Khanis supaya Keira mendengar jeritannya. “Ya Ma. Keira dah bangun ni.” Keira menipu. Namun, dia sudah mahu bangun. Terputus hajatnya untuk tidur. Keira melangkah ke bilik mandi. Sambil berjalan dalam keadaan separuh sedar, dia terhantuk pada pintu tandas itu. “Aduh!” Keluh hatinya. Selepas pada itu, baru dia sedar sepenuhnya dan terkejut melihat jam itu. “Mama kejut dah terlebih awal ni.” Namun, dia terus melangkah ke bilik mandi. Mana tahu, ibunya mahu ke mana-mana dulu. Sesudah mandi, Keira menyiapkan dirinya dengan sehabis-habis baik supaya imejnya sebagai pelajar cemerlang tidak terjejas. Kemudia, Keira menutup semua suis-suis yang dipasang dalam biliknya. Dia turun ke ruang tamu. Kelihatan ibunya sedang menyipakan sarapan. Bapanya sedang memanaskan enjin kereta manakala adiknya, Hamzah pula sedang melakukan senaman pagi. Setelah siap menyiapkan sarapan, Puan Khanis terus menghidangkan makanan itu dan memanggil semua ahli keluarganya. Keira, Tuan Hazmi serta Hamzah segera duduk di atas kerusi makan yang telah disusun rapi Puan Khanis. Setelah selesai menjamu sarapan, Tuan Hazmi serta ahli keluarganya termasuk Keira memasuki kereta Perodua Alza itu untuk menghantar Keira ke asramanya. “Keira, mama baru dapat surat. Memang berat untuk mama laksanakan benda ni dan berat untuk menyatakannya sebab kamu masih muda Keira. Tapi, mama dengan papa terpaksa bagitahu kamu semua juga. Harap, ia tak mengejutkan kamu.” Kata Puan Khanis di dalam kereta itu. “Apa ma?” Tanya Keira. “Mama dengan papa kena pergi Dallas.” “What!! Bila, kenapa, apa, ha, ha, ha?” Keira bertanya dengan nada risau. “Alah kak, relaks lah. Macamlah mama tak pernah tinggal kita.” Sampuk Hamzah. “Itu cuma mama. Sekarang mama dan papa!” Balas Keira. Sedikit tegas. “Oh.. hehe.” Balas Hamzah kembali.

BAB SATU. EPISOD 1

“Kei, it’s the day after tomorrow.” “Lusa! Why? Kenapa?” “Projek kementerian.” “Ministry project? What?” “For world development.” “Huh!” Keira mengeluh. Anak manja ibulah kan. “Keira, it’s just for a month.” “Mama kata ‘Just’ untuk satu bulan? Siapa yang ajar.” Bahasa Keira sedikit kasar memandangkan mood dia tida berapa baik hari ini selepas mendengar berita sedih itu. “Tak macam Auntie Lisa. 3 months tinggalkan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Korang berdua ni masih ada Auntie Ana untuk dijaga. Keira pula duduk di asrama. Bukankah itu tidak menjadi masalah?” “Whatever. Kei malas nak fikir. Sukahati mama dengan papalah.” Keira sedikit merajuk.

Tiada ulasan: